Pembinaan piramid
"Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta". [Surah al-Qasas : Ayat 38]
Menurut akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.
Menurut kajian, batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya. Para saintis mengatakan,
Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat daripada kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan. Prof. Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum menegaskan, piramid yang paling besar di Giza, diperbuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil olahan tanah liat.
Keajaiban Piramid
Para Egyptologist mengatakan bahawa Piramid di Giza hanya mengambil masa selama 20 tahun sahaja untuk disiapkan. Lebih daripada 2 juta bongkah batu besar digunakan untuk membinanya. Blok-blok batu antara koridor dipotong dengan bentuk yang sama, seperti dalam gambar di bawah;
Blok-blok batu antara koridor berbentuk sama (gambar yang telah dicantumkan dua permukaan antara dinding koridor). Kecanggihan susunan blok-blok batu yang bukan sahaja padat dan tepat, sehingga tiada lubang yang boleh memuatkan mata pisau cukur antara bongkah-bongkah batunya, tetapi juga dapat menahan gempa bumi. Berdekatan dengan Great Pyramid of Giza ada batu lantai hitam. Apabila dilihat dengan dekat kesan-kesan keratan pada batu-batu tersebut, ia seumpama dikerat dengan mesin zaman moden.
Batu seolah-olah dikerat dengan mesin moden. Pada tapak-tapak piramid yang lain pula, ada lubang-lubang yang ditebuk pada batu, yang seolah-olah mustahil ditebuk dengan tangan, melainkan menggunakan mesin seperti mesin moden. Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin moden. Piramid-piramid itu boleh dikatakan sebuah loji menjana-kuasa elektrik gergasi. Sarung luar Piramid Besar telah diliputi dengan batu kapur putih tufa, ianya padat sehinggakan pisau cukur tidak boleh muat antara blok. Batu kapur putih tufa itu tidak mengandungi magnesium dan mempunyai ciri-ciri penebat yang tinggi. Ciri-ciri penebat ini menghalang elektrik di dalam piramid itu daripada dikeluarkan tanpa kawalan.
Blok-blok batu yang digunakan di dalam piramid itu diperbuat daripada satu lagi bentuk batu kapur yang mengandungi kristal yang merupakan konduktor elektrik yang sangat tinggi dan sejumlah kecil logam, yang membolehkan penghantaran kuasa maksimum. Paksi di dalam piramid itu telah dipenuhi dengan granit. Granit, sebagai satu konduktor, adalah bahan yang sedikit radioaktif dan membenarkan pengionan udara di dalam paksi. Apabila kita melihat ke dalam kabel elektrik terlindung, kita lihat bahawa bahan-bahan konduktif dan penebat yang digunakan adalah cara yang sama seperti dalam piramid.
Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid Mesir itu. Adalah dipercayai pencahayaan di dalam piramid ketika itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar. Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola Tesla dalam World's Fair di Chicago tahun 1893.
Mentol lampu mesir purba.
Suhu di dalam bilik Piramid besar sepanjang tahun tidak melebihi 22 darjah Celsius. Bayangkan, berada di tengah-tengah padang pasir yang panas terik, di dalam batuan besar, tetapi dapat mencapai suhu serendah itu.
Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan. Ianya bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat. Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan kuno?
Wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan.
Sphinx
Sphinx, singa bermuka manusia yang juga merupakan objek penting dalam penelitian ilmuwan, tingginya 20 meter, panjang keseluruhan 73 meter dianggap didirikan oleh kerajaan Firaun ke-4 iaitu Khafre. Namun, melalui bekas yang dimakan karat (erosi) pada permukaan badan Sphinx, ilmuwan menganggarkan bahawa masa pembuatannya mungkin lebih awal, paling tidak 10 ribu tahun silam sebelum Masihi.
Seorang sarjana John Washeth juga berpendapat: Bahawa Piramida raksasa dan tetangga dekatnya iaitu Sphinx dengan bangunan masa kerajaan ke-4 lainnya sama sekali berbeza, ia dibangun pada masa yang lebih purbakala dibanding masa kerajaan ke-4. Dalam bukunya "Ular Angkasa", John Washeth mengemukakan: perkembangan budaya Mesir mungkin bukan berasal dari daerah aliran Sungai Nil, melainkan berasal dari budaya yang lebih awal dan hebat yang lebih kuno ribuan tahun dibanding Mesir kuno, warisan budaya yang diwariskan yang tidak diketahui oleh kita. Ini, selain alasan secara teknologi bangunan yang diuraikan sebelumnya, dan yang ditemukan di atas iaitu patung Sphinx sangat parah dimakan karat juga telah membuktikan hal ini. Semua dinding dihias dengan gambar dan tulisan yang mengagung-agungkan diri mereka sendiri. Bentuk piramid yang menirus melambangkan sinar matahari, sehingga Firaun yang dikubur dipercaya naik ke syurga.
Perubatan
Dalam bidang perubatan, para tabib telah mampu membuat ramuan dan teknik pembedahan. Pengawetan mayat-mayat firaun atau mumia yang dilakukan oleh bangsa Mesir adalah bukti kemampuan mereka dalam bidang ubat-ubatan dan pembedahan.
Ketika raja meninggal, badannya dimumiakan. Segala organ tubuh bahagian dalam dikeluarkan termasuk otak (kecuali hati). Sesudah itu, bahan-bahan kimia alami digunakan untuk mengawetkan tubuh kosong firaun. Proses pengawetan memerlukan waktu 70 hari. Tubuh dibungkus dengan kain-kain yang berisi jimat sebagai benda keramat yang dapat menghindari segala peristiwa buruk. Mereka percaya dalam kehidupan setelah kematian, seseorang memerlukan tubuhnya tetap utuh untuk digunakan di akhirat. Proses pembuatan mumia bukanlah sesuatu yang baku. Seiring dengan perkembangan zaman, metode baru terus ditemukan untuk menyempurnakan metode sebelumnya.
Awalnya, orang Mesir kuno membuat mumia dengan hanya membungkus mayat menggunakan banyak lapisan perban linen. Metode ini digunakan sebelum mereka memiliki pengetahuan tentang pembalseman. Jelas sekali, cara ini gagal mencegah mayat dari pembusukan. Meskipun semua organ dalam mayat sudah dikeluarkan, tanpa adanya pembalseman, mumia tidak akan boleh bertahan lama seperti yang diharapkan. Seiring waktu, orang Mesir kuno menemukan metode baru iaitu dengan merendam perban linen dalam resin yang membuat kain linen mengeras. Kain linen yang mengeras menjadi semacam cangkang yang melindungi mumi sehingga terhindar dari paparan udara luar. Proses ini juga memungkinkan untuk mencetak wajah mumi sehingga nampak lebih realistik. Namun, kerana proses masih belum menyertakan pembalseman, hasil yang diperoleh masih belum maksima.
Proses pembuatan mumia semakin sempurna dengan ditemukannya natron atau sejenis garam alami. Natron digunakan untuk pembalseman mumia dan bekerja dengan mengeringkan jaringan sehingga pembusukan dapat dicegah. Proses pengeringan umumnya memakan waktu dan beberapa bagian tubuh, seperti kuku, perlu diikat agar tidak terlepas.
Orang Mesir kuno percaya bahawa tubuh harus tiba dalam kondisi utuh di akhirat supaya boleh digunakan lagi. Dalam proses ini organ dalam juga tetap dikeluarkan, kecuali jantung kerana akan digunakan pada kehidupan yang akan datang. Seiring waktu, metode pembuatan mumia semakin disempurnakan dengan mengisi rongga tubuh yang kosong dengan serbuk gergaji atau linen. Seringkali mayat diolesi dengan minyak dan rempah-rempah sebagai bagian dari proses pembalseman. Masker dari bahan resin yang mengeras sering ditempatkan di atas kepala dan bahu mumi agar mereka memiliki identiti yang dapat dibezakan di akhirat. Proses mumiafikasi boleh memakan waktu hingga 60 hari. Ini bererti, pemakaman baru boleh dilakukan dua bulan setelah sang tokoh meninggal.


saya dapat mengetahui lebih tentang kisah pembinaan pyramid 👍 good hehe
ReplyDeleteMasyaallah
ReplyDeleteMasyaallah
ReplyDeleteTingkatkan usaha
ReplyDeleteTingkatkan usaha
ReplyDelete